Pages

RSS

Welcome to my Blog
Hope you enjoy reading.

Monday, November 15, 2010

CINTA YANG SEMAKIN KABUR


Pagi ini saya dapat email daripada dekan...email yang benar benar menyentuh perasaan saya...meresap ke seluruh urat nadi....

untuk itu saya kongsikan buat kalian...

Subject: CINTA YANG SEMAKIN KABUR


Jika ditanyakan kepada hati nurani kita
yang paling dalam,mana yang lebih berharga,
kemewahan hidup atau kerukunan rumah tangga?
Tentu kita akan menjawab, kerukunan
rumah tangga.



Jika ditanya, untuk apa kamu bertungkus
lumus bekerja siang dan malam?
Tentu jawab si suami, “kerana isteri dan anak-anakku”
Begitulah juga jika ditanyakan kepada si isteri,
tentu jawapanya kerana suami dan anak-anak.



Malangnya, kita sering tertipu. Betapa
ramai antara kita yang telah
melupakan isteri, meminggirkan suami
dan mengabaikan anak-anak,
semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup?
Kita sering terlupa bahawa kemewahan hidup;
harta, rumah, kereta dan
sebagainya bukan matlamat tetapi hanya
alat dalam kehidupan ini.
Kita memburu alat untuk mencari matlamat.
Ertinya harta dan segalanya
itu adalah untuk membahagiakan
rumah tangga kita.



Namun apa yang sering berlaku alat yang
menjadi matlamat,matlamat menjadi alat.
Kebahgiaan rumah tangga sering dipertaruhkan
dan tergadai dalam keghairahan kita memburu
kemewahan hidup. Kita bekerja demi anak-anak,
tetapi anehnya anak-anak kita abaikan
mereka semasa bertungkus lumus bekerja.
Kita tidak sedar,
kita terus memburu dan memburu.



Bangun daripada tidur, bergegas terus
keluar bekerja. Hampir senja baru
pulang. Tidak cukup dengan itu, ada
pula kerja yang kita bawa pulang ke
rumah. Atau kita keluar bertemu
pelanggan dalam kerja-kerja “part
time”. Begitulah kita hari demi hari,
bulan demi bulan, tahun demi tahun.
Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita
sudah jarang menikmati senyum dan
gurauan isteri? Mengapa kita sudah
jarang mendapat sentuhan dan
belaian suami? Mengapa ketawa dan
gurau senda sudah semakin
hilang dalam rumah tangga?



Ketika itu, hati kita masih mampu memberi
alasan. Aku sibuk. Aku sedang
mengejar kejayaan dalam karierku. Sedikit masa lagi,
nantilah, bila segalanya sudah stabil
aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga.
Nantilah, aku akan ini, aku akan itu…
Begitulah selalunya diri kita memberi
alasan. Dan kita terus selesa dengan alasan,
biarlah isteri, suami atau
anak-anak “berkorban” sementara,
nantilah kita akan bahagia!.



Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya
di hujung jalan tetapi bahagia itu
ada di sepanjang jalan. Carilah bahagia
yang ada di sepanjang jalan itu
dengan sentiasa menggenggam rasa cinta selamanya.
Carilah harta, tetapi genggamlah cinta.
Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu
sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu.
Tunaikanlah hukum-hukum cinta
dalam apa jua keadaan.



Antara hukum cinta yang paling diutamakan
ialah cinta itu memberi, cinta itu
mendengar, cinta itu berkorban, cinta
itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan
dan cinta itu memaafkan. Contohnya jangan
kesibukan menyebabkan kita
jarang memberi masa, perhatian, senyuman,
nasihat dan doa kepada pasangan
kita. Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah
cinta yang bersifat “kosmetik”,
tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan
dan tindakan yang dapat
dilihat dan dirasa.


Wallahu 'alam.

.................................................................................


dan ini komen saya... ye mmg betul...kadang2
kita sering terlupa apa
matlamat kita berkerja keras...
kita sering memberi alasan bahawa...
demi anak2 dan keluarga kita...
untuk keselesaan ank pada masa depan....
harta yang bakal diwarisi untuk anak2...
tapi kita lupa...
bahawa anak2 dan keluarga kita kadang2
tidak memerlukan semua itu...
yang paling penting bagi mereka adalah kita...
bkn apa yang kita kejar...

hem, kadang2 saya sering terfikir...ibu2 dan
isteri zaman skarang...termasukla saya...
sering saja nak beri yang terbaik buat anak...
keluar awal pagi dan blk lewat mlm...dan bila
terpikir tentang anak2 ...kwn2 akan berkata
" takpe, mereka akan paham kau
keluar bekerja demi mereka"
tapi realitinya... fahamkah mereka?
bukankah bagi mereka lebih baik
ibu itu duduk saja di sisi...daripada tempat itu
diganti dgn
bibik atau brg2 permainan? hem...
sukar utk dikupas isu ini kan?

apa2 pun bagi diri saya...selagi boleh saya mmg
akan elak kerja lebih
masa dan kerja waktu cuti...sabtu & ahad...sakalipun duit
yang ditawarkan masyuk....masa itu masa utk family...
gi UK keje pun eden angkut sumer...anak sorg bolelah lagi...
anak ramai? kopak...haha
so, terserah anda....


I LOVE MY FAMILY...

Monday, September 27, 2010

Adik beradik sedara mare

Salam to all.

hem, walaupun banyk cerita yang nak disampaikan tapi...hanya sket shj yg sempat di update...kisah raya, percutian di langkawi, dan macm2 lagilah yang semuanya hanya update dalam kepala je...dasar pemalas. hiks.

tapi arini tetiba aura menulis dtg semula. sebab apa ek? sebab nk mengomel tentang perasaan dan pendapat peribadi tentang adik beradik dan sedara mara...hehe

korang semua ada adik beradik dan sedara mara kan? ha, camna perhubungan korang dgn mereka? baik? suam2 kuku atau pedas2 cili? bukan apa, saya lihat adik beradik dan sedara mara zaman skangni dah tak macam dulu...tiada sifat ingin tolong menolong dan bergotong raya...datang atau dekat dgn kita waktu senang je...waktu susah tak pernah ingat nak tolong. kadangkala, bila difikir2 balik kawan2 atau jiran lebih banyak yg membantu. nak kata adik beradik atau sedara mara tu duduk jauh, hem jauhla sangat.

tapi alhamdulillah, adik beradik saya masih berpegang pada prinsip lama...tolong menolong. walaupun kami masa kecil jarang duduk sebumbung...masuk asrama dan sebagainya. thanks to huda yang sanggup dtg dari klang tolong akak masa jamuan smlm. pada hid dan tim juga, kawan yg slalu dtg awal tolong2 saya jika ada jamuan. saya orang ipoh, so semua sedara mara dan adik2 yg lain sumer di ipoh. emak saya mmg tak sihat dan dijaga oleh makcik saya...so, saya mmg tak terkilan langsungla kalau mereka tak dpat datang hadir atau menolong. tapi yang pasti jika ada event yg mmg penting seperti hari graduation, mereka mmg sentiasa hadir memberikan sokongan. ibu saya yg tidak sihat pun akan sanggup turun kl dan berada sama2 disisi. oleh sebab itu, saya mmg tidak pernah dan tidak mahu berkira dgn mereka. adik saya yg lelaki juga mmg senang menghulurkan bantuan jika diminta...selalu tolong saya basuh baju dan periuk mangkuk hehe...thanks aus. nanti aus kawin akak tolobg ek. oleh itu saya doakan keakraban hubungan ini berkekalan. mungkin ini semua hasil didikan mummy/ibu/emak saya yg sentiasa ingatkan kami supaya sentiasalah tolong menolong satu sama lain. thanks mummy...

hem tapi...saya slalu kesiankan sesetengah orang tuh. adik beradik walaupun duduk sekangkang kera...duduk sebumbung bertahun lamanya...tapi tidak pernah sepakat dan tolong menolong... bkn setakat majlis2 kecil seperti openhouse, kenduri selamat...tapi kenduri penting macam perkahwinan pun mereka buat tak peduli...bukanla mengharap pertolongan dari segi kewangan yg secara nyata mmg "tak dapatla" org kata...cuma, hulurkanla keperihatinan korang tu sbg kakak adik dan sbgnya...tolong2 la apa yg patut...takkan tak paham2... tau isi perut dan senang diri sendiri je bak kata seorng kawan saya nih...

dan ramai org2 dah kawin beri alasan anak kecil yg pada saya tak masuk akal langsung alasan tersebut. hei, satu family kan ader ayah dan mak, bglah salah sorang pegang anak dan sorng lagi tolongla apa yg patut...contoh macm mak yang saya...walaupun ank kecil berderet 4 orang...tapi bila ada kenduri kendara...siap sinsing lengan basuh periuk bagai...thanks makyang...

hem itulah, setengah orang nih tak tau nak pikir langsung...adik beradik pun takle nak sepakat. bila dengar rintihan seseorang nih...mmg tetiba membuatkan saya geram...korang tau tak knp sesetengah oranghidup dia selalu susah dan tak cukup duit? jawapannya sebab mungkin dia tuh mmg kedekut...kedekut tak semestinya dari segi duit malah mungkin juga tenaga dan sensitiviti sebagai satu keluarga.

saya kagum dgn family kawan saya...walaupun adik beradik diorang 13 orang...duk terpisah jauh...tapi sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain. tolong menolong dan sepakat. ntahla...zaman skang nih, susah sgt kot nk menderma tenaga...kalo dah dtg umah org tu, orang dah beri makan kadang2 siap bagi saguhati pandai2la tolong apa yg patut...hoi, korang tuh bukan orang lain tau...adik beradik dan sedara mara... ader juga yg rajin sebelum kawin...ialah takut majlis kawin dia nanti org tak tolong...tapi, lepas kawin...hem buat tak tau je pada adik beradik dia yang susah payah sblm tuh...dan...ader juga yg belum kawin pun dah tunjuk perangai malas...hoi, ko sblm kawin dah buat mcm ni...ko tgkla majlis kawin ko esok sape nk tolong...

tetiba emosi...sorryla u olls...saya mmg geram dgn org yg mcm ni...ADIK BERADIKLA BUKAN ORG LAIN...knp berkira dgn kerja rumah tapi bab mkn, lain2 laju je korang pelahap...

lagi satu...kalo korg pegi bercuti ke hape ke...belilah2 sagu hati utk mereka yg dekat hubungan dgn anda. bukanla mahal sgt...setakat coklat 50 sen satu pun org akan rasa dihargai...ini tak...selalunya asik org tu, org tu jer yg ingat...yg lain2 tuh dah ilang ingatan kot.

kalo saya la dapat adik beradik sedara mara mcm tu...tak taula...orang lain yg terkena pun saya emosi...dari sudut saya...kalo org tuh mmg baik dan tak lokek dr segi wang dan tenaga...insyaAllah selagi mampu dan ada hayat saya akan balas...dan saya tak pernah lupa jasa korang tuh. dan pada korang yg kedekut tuh...elok2 aku nak bagi, tolong dan sponsor macam2, terus ilang mood...HA LU PIKIRLA SENDIRI...

pesan mak saya (khas utk merapatkan hubungan adik beradik):

1. kalo ader kenduri...sila dtg awal tolong aper yg patut...kalo dtg lewat, sila kemas apa yg patut...lagi elok kalo korg masak pun sama2
2. kalo ader duit lebih, sedekah2 la kat yg lain dalam pelbagai bentuk...dan org yg terima tu pun balasla dalam bentuk yg tersendiri
3. kalo gi memana umah org...sesekali bawakla buah tangan jgn bwk perut jer...dan org yg terima tetamu tuh kenalah layan sebaik mungkin..hidang apa yg patut bkn buat dek je
4. kalo gi melancong...jgn lupa bli sagu hati
5. kalo ada adik beradik yg susah dr segi kewangan...yg lain2 tuh kumpullah duit sikit sorang dan beri sbg hadiah bkn utang...
6. paling penting sentiasa give and take dan saling memaafi....

so, untuk korang yang baru ade ank kecil...sila terapkan bende2 ni utk anak2 korang...kalo tak, habisla...masyarakat akan datang...adik beradik dah cam org lain...dtg mcm tetamu jer...dtg bwk perut pastu terus blk dgn muka tak de perasaan.


sekian yg tetiba emosi.

Monday, June 21, 2010

First day kat UK yang huru hara


Just a quick update...tgh tunggu nk plate bakteria nih...

Well...flight aku adalah pada pukul 3.30 petang...10 jun...seperti yang kumaklumkan pada hubby (berkali2)..."bi, book tiket mesti sampai jumaat (11hb) malam tau...sbb dah janji dgn zul tunggu kat sana"...bila dah book...ku pun tgklah kertas AirAsia tuh...flight kul 330 pm sampai 1030 pm...hem cam pelik je...tapi still buat dek

jeng jeng...sehari sblm bertolak..."bi, betulke flight ni sampai jumaat malam (dalam hati dah rasa cam sampai kamis mlm jer)?"jawab si sumi, "hem betulla"...

aku: asal bila kira jam cam tak betulje? gilah check lg skali kat kaunter...
hb: ok nanti abg check...
petangnya...
hb: dah check, betullah sampai jumaat mlm
aku: hem (masih konpius dan tak caya, tp buat dek lagi)

esoknya (kamis, 10 hb)...tgh siap2 nk gi airport...sempat tinggalkan pesan kat zul di fb...flight kul 330 ari ni...jgn lupa tunggu...

dalam flight...
aku masih lagi tertanya2...betulke sampai jumaat mlm?...gaduh2 manje dgn hubby....last2 amik keputusan tgk dan lihat

jeng jeng lagi...
ha amik ko...betul2 sampai kamis mlm. camne ni...dah terawal sehari...dahla dr tempat zul nk ke airport tuh sejam stgh....dahla sampai kul 11 lebih...hem hem...pk pk cepat pk...
so, amik keputusan tepon zul...huhu...tepon2 tak dpt...puluh2 kali cuba tak dpt...try tgk tenet (ader service online kat airport tuh...£1 10 MINIT...) kot2 zul balas pape takpun dia tgh online ke...tp hampa...

last2 amik keputusan nk cari hotel terdekat...lps tanya2, aderla jln kaki dlm 2 minit dr airport nk ke hotel...tp, mahal...£120...

hem hem...ape nk buat nih...tido je kat hotel? amik teksi terus ek umah zul? tp alamat takde...huwaaa....

so, hubby aku dgn bernasnya suggest kitorang tido jek kat bangku2 kat situ...aku tak kisah sgt, mmg ramai org yg buat pun masa tuh...masalahnya...alahai sianla si kenit nih...

hem hem lagi sambil dalam hati rasa cam nk marah jer hubby ku yg beli salah tiket tu...tapi, I kan istri mithali...hem takpela pengalaman...

tetiba, jeng jeng...cam ader muka mamat yg ku kenal je...oh, Alhamdulillah...
zul...jerit aku...(takdela jerit pun, gila apa nk jerit kat tempat orang...haha)

aku: zul, ko dtg jugak...huhu risau dah aku. camne ko ble dtg nih?

zul: tulah, aku pun konpius jugak nih...ko ckp sampai jumaat mlm tap msg kat fb aku ckp mlm ni...penatla aku call sumer org termasuk Dr H dan Dr A...nasib baik kwn aku check airasia takde flight mlm esok...so aku gamble je lah dtg sini terus

aku: oh, terima kasih kawan, aku sangatla terharu

so, drama swasta pun tamat...dan kami bergegas pulang ke rumah zul. sesampai dah pukul 2 pagi waktu UK kalo tak silap...kami di sambut oleh K.Onie...isteri zul yang baik hati...siap dah hidang makanan atas meja...
tapi, maaf ye k.Onie, badan penat sgt tak lalu nk makan di tambah pulak dgn perasaan malu (haha pecah rahsia tau zul...aku ni pemalu walaupun pelahap sebenarnya...hiks jgn ckp dgn K.Onie...malu)...

maka cerita malam pertama di UK pun tamat. kalo rajin aku update lagi ek...

buat zul sekeluarga...terima kasih kerana menumpangkan kami sekeluarga semasa di sana...jasamu ku kenang...

Tuesday, June 1, 2010

LAMBAIAN UK...


OHO...TARIKH 10 JUN ITU MAKIN DEKAT...YE SAYA SANGAT NERVES. WALAUPUN PEMERGIAN KE UK ADALAH BERSAMA KELUARGA (HEHE 2 DLM 1...KERJE DAN PERCUTIAN KELUARGA)...SAYA TETAP NERVES. NERVES KERANA AKAN PERGI TRAINING DAN BERJUMPA DGN PELBAGAI ORG, PELBAGAI RAGAM DR SELURUH NEGARA...HEM HEM...TETIBA TERASA DIRI INI KERDIL...ADAKAH PENYELIDIKAN SAYA SETANDING NEGARA2 YANG MMG TERKENAL DGN TEKNOLOGI MEREKA YANG CANGGIH...HUHU NERVES LAGI... UNTUK ILANGKAN NERVES MEH KITE CITER TTG PERCUTIAN ALAMI YANG BAKAL SAYA TEMPUHI...(HAHA AYAT SKEMA TAK BLE BLAH)...


oh ok...saya sebenarnya memang tak betah kemana2 tanpa keluarga terchenta...apatah lagi bila nak merantau ke bumi asing...makanya saya pun merancang untuk menjadikan pemergian ke UK ini 2 dalam 1...10-14 jun adalah percutian keluarga (untuk meraikan bday hubby saya dan juga anniversary ke-3 kami) yang mana agendanya adalah makan2, jalan2 dan shopping...selama itu, saya akan menumpang di rumah zul (Surrey, Guildford)...kepada zul, thanks ek tolong aku sponsor tempat tinggal, sewa MPV dan plan tempat shopping bagai...jasamu ku kenang...nanti2 kita collaborate research ek...hehe ayat bodek...


dan bakinya...15-25 jun...kami akan ke hinxton, cambridge yang mane rutin keje aku...adalah teramat padat... 9 pagi - 9 malam...oho...sian abang...abang akan berdua dgn aqinla nampaknya di bilik hotel...takpelah, janji boleh jalan kaki jumpa yang..hahah


dan baki sehari akan bermanjaan di hotel sebelum pulang ke malaysia...huh sungguh tak sabar dan teruja dgn percutian itu nanti...tapi still ada yang merunsingkan aku...


ye food for baby...oho ape anak aku nk mkn nih? mak pak ble je telan roti magi bagai...nak masak, duk hotel...hem, ader idea kengkawan? sape2 yang ader pengalaman mehla bitau...yelah anak i kan berdua dgn ayah sewaktu i kursus...makanya risau saya adalah terlebih...huhu

Thursday, May 27, 2010

Aqin gunting rambut

Oho citer nih dah basi...tp sbb gambar dah ader dan mood rajin tetiba dtg...sy pun menulih...(ekceli td dah buat draft utk citer renovation umah, tetapi ader bhgn yg tak lengkap, maka ditangguhkan utk publish)....
ok2...nak citer ttg pengalaman pertama anak bujang saya gunting rambut di kedai....kiter tgk dulu gambar sebelum rambut dipotong sewaktu dalam car...

tengok2 muka budak nakal...sampai2 je kedai, saya yg nerves. yelah anak i kan baru 2 tahun 2 bulan...dahla tuh, mane reti duk diam...saya risau takut dia nangiske, lari ke...paling2 ngeri terpotong tengkuk ke...tercalar balar sana sini...huhu
tapi hasilnya...

Ha tengok, dia sgt behave ok bila org lain yg tlg potongkan rambut. sungguh sy teruja...kalo dgn ayah dia, potong kuku pun dah kena main aci kejar...dgn saya? oho, mak tak berani noks...
ok dah, citer nih abis kat sini...gambar lps potong rambut takde sbb terlupa dan teruja...haha sekian.


Bajet renovate rumah

Ini adalah entry tertangguh...so korang layan jelah ek...hehe..

Salam to all, seperti yang dijanjikan, skang ni tgh mood mengupdate...saya citer sket ttg bajet renovate umah saya...huhu pening tau nak kena pk itu ini...cari quotation bagai...kontraktor mane yang best, murah dan ble siap dlm masa yg saya tetapkan...setelah ditimbang baik buruk...saya pun hired la kontraktor nih...harga yg sgt reasonable dgn kualiti yang standing (base on previous project dia lah..). kontraktor ni melayu bumi...dan bos dia pompuan gitew...
Opps, gambar2 sblm renovate ader kat hpone sumi...makanya saya malas nk uplod...haha. so saya start dgn dapur dulu ek..

..............................................................
Umah saya tuh mmg dah siap extend kat bhgn belakang...maksudnya ader dapur basah dahla...cuma kitchen kabinet tuh dah lame tak shantek...makanya decide utk buat baru...so anggaran bajet dan gambar renovate bhgn dapur seperti di bawah...




tuh saya buat konkrit table bentuk L-Shape...buh tiles kat dinding...dan tinggikan tingkap dari sink...takdela tingkap basah kena air...kalo nak pakai langsir ke, roman blind ke senang sket...tp yg tak bestnya sbb sy pendek terpaksala menjengkek kalo nk buka tingkap...huhu...

bajet:

konkrit table + mozek dinding RM1900++
Kitchen kabinet RM3000++

................................................

kAT bawah ni plak ruang luar di bhgn dapur...juga telah siap di semen...so saya juat buat atapnya supaya senangla nk kenduri kendara. tingkap tuh tingkap satu2nya bilik kat bawah...
total kos buat atap: upah RM200 je sbb guna lebih atap porch...





.................................................................


So, inilah hasil keseluruhan dapur saya setelah siap renovate dan disusun barang...


dapur basah yang direnovate

dapur kering yang sedia ada tp di touch up sket2



.................................................................


Ni plak adalah hall saya...feature wall saya color merah...wall lain2 tuh color barley white...sumer cat sy pakai ici dulux, pearl glow...oh ye, pintu sliding door tuh saya ubah jadi tingkap cermin... malas r nk sliding2, pesyen lame dan boring...so tukar tingkap ok...meh layan gambar...






bajet
hehe kos cat dan upah luar dalam+feature wall bagai RM6000
ubah sliding door jadi tingkap...nanti update
wiring satu umah (LUAR DALAM) RM2300
lampu kipas bagai RM 1000
.......................................................................


ok setel hall, meh pegi porch plak...asalnya porch ni bole parking satu kete je spy tak kena ujan, sbb ader tiang yang nyibuk kat tgh...oleh sbb sakit mata memandang...so, saya decide utk buat sume blk...buat atap, plaster ceiling dan juga tiles...juga buang rumah sampah dan bina peti pos....so layan gambar







bajet:

atap+plaster ceiling+peti surat+tiles+ubah dan bina RM12000
pagar wrought iron+auto gate RM4000
grill pintu dan tingkap wrought iron+buat atap dan tembok besi untuk ampaian bilik no 2 (ataS dapur basah) RM1000
nanti update lagi kalo ader tertonggal

------------------------------------------------

nih ruang2 lain

ruang makan

------------------------

ruang tamu atas


--------------------------------

bilik2

1. bilik bawah




2) bilik utama (atas)



3) bilik aqin (atas)





4)bilik no 2 (atas)

malas amik gambar...kalo rajin nanti update. hiks

---------------------------------
ruang kat tangga


ok dah tu jer...kalo rajin nanti saya tambah ape yg patut...muahahah
sape nk try minta quotation kat kontraktor tuh nak amik no dia...012-3226065 cik Nila
lalala

Monday, May 17, 2010

RUMAH ITEW...

Hoho...ye ye saya tau saya ader bnyk utang entry...bkn tak nak update...tapi masa tak mengizinkan...terlalu membusykan diri...ngeh ngeh...

hem MISTERI PART II tu, nanti2lah saya hapdet ok? skarang tgh mood nak bercerita tentang RUMAH-BARU-SAYA-TAPI TAKDELAH-BARU-SANGAT...
Seperti yang kalian maklum, entry dulu2 saya ader citer tentang saya sibuk survey nak beli rumahkan...masatuh abislah seloroh pelasak selangor (eceh...sekitar 25 km dari serdang je yang benarnya...hah) saya redah...masatuh mmg dah terbekenan sangat kat umah baru semi-D area Sg. Merab (RM500++)...tinggal nak proceed je...Alih2 cam magik terbeli rumah 2nd kat taman putra budiman...ala belakang Macy tuh...
Alasan? Ya pertama, sudah tentu kerana dekat...dekat...dekat...dgn UPM (opislah, maner lagi)...ye kawan2, nak bli umah kena fikir faktor dekat dgn tempat kerja...terutama bg kaum pompuan...bkn ape sng nk ulang alik...bolak balik tgk anak, anta anak sek... (anak saya br 2 thn, ye blum skolah lagi)...fikir kena jauh ke depan...ader org sanggup bli umah yg jauh asalkan dpt rumah yang besar dan murah...which is for me not that the most important criteria...saya alergik travel jauh sebenarnya...huhu tak suka lelama kat atas jalan...so biarlah umah mahal sket wpun tecik cenonet je...janji senang mak nk ulang alik...
Alasan kedua? Suami saya suka sgt kat umah tuh...tak taulah nape...haha...I kan isteri bertali...SAYA YANG MENURUT PERINTAH...YES SIR...

Maka dengan rasminya pada 30 April lepas saya dengan jayanya memindahkan diri sekeluarga ke umah baru (oit letih ngomas tak abis lagi ni)...dan sabtu keesokkannnya...saya tetiba mengupah 2 org INDON membantu saya...tak terlarat den nak ngomas sorg2 dgn anak teruna itu...bkn lebih kemas...lebih sepah adalah..huhu...byrn? rm 60 dr 8-5 ptg...nak contact? meh tanya saya... Hasil kerja mereka? Oh, yang sorang sgtlah cokap tp umangaih...koje concai bancai...huhu...sorang lagi, perlahan cam siput...tp very the detail and kerje bersih...So, which want you all prefer? overall...HOKEYLAH...KURANG BEBAN SKET..
Dan kesimpulannya, sampai arinih saya tak abis mengemas demi menjadikan umahku syurgaku...

Opps...sebab umah saya nih umah 2nd kan....so, saya adelah buat renovation sket..nanti saya upadate detail bajet, kontraktor, itu ini...begitu begini, mane nk cari itu nak cari ini...kedai itu murah kedai ini lagi murah...hiks..

Ok...skang jom layan gambar...tp, sorryla...camera saya dah blur...dah nk rosak kot...kena bli baru...tpi duit dah abis renovate....
Hoho..ketiga2 gambar di atas adalah bilik anak bujang saya...masih blum abis berdekorasi...juga blum bli langsir...

Ok...ini master bedroom...ye bilik saya...saya suka bilik saya...warna itu sering membuat hati saya berbunga2...PURPLE...Oh..abaikan tingkap saya yang tak berlangsir...sebab masa tuh blum bli langsir...hehe
Tetiba, entry ini dah abis...Haha sila jangan marah saya...nanti saya update lagi...tetiba ilang mood nak nulih...haha




Wednesday, March 24, 2010

ALAM MISTERI_PENUNGGU OPIS?


Salam to all...



Pagi nih tetiba semangat nak update blog...semuanya kerana misteri nusantara itu...



Hem, kalian pernah tak mengalami kejadian misteri? Oh...saya banyak kali. Dan dahulu saya adalah seorang yang berani...tapi kini menjadi penakut sudah...Ok-ok...Mari saya citer pengalaman ngeris saya ituh...



Kes 1: Terjadi sewaktu di kampung (rumah parents). Ketika itu saya di sekolah rendah dan berlaku pada waktu maghrib...Hoho sangat ngeri kerana saya telah melihat sekawanan lembu berwarna merah lalu di belakang rumah...Saya jerit panggil mummy dan beberapa saat kemudian lembu2 itu ghaib. Mummy yang baru sampai bertanya kenapa...dan saya yang still bingung...(masa kecik tak tau takut sgt...hiks), geleng kepala. Hanya beberapa hari selepas itu baru menceritakannya kepada keluarga. Dan mereka hanya tersenyum...sampai sekarang saya tak tahu jawapan...dan malas nak tanya dah...anggap sebagai usikan manja mereka di alam lain...hihi



Kes 2: waktu subuh....belum sekolah, 5 ke 6 thn (e eh, patut ni lah kes 1 kan? haha saya main tulih je lah mane yg ingat dulu)...kat umah kat kampung gak...tgh tgk luar tingkap belakang...nampak wajah hantu merah belakang pokok buluh...masa tuh onyang saya juga ader di belakang...pastuh saya terus terdiam...dan tetiba dengar onyang saya memaki hamun mende ntah...diikuti laungan azan dari mulutnya...dan bende tuh hilang...pastuh ntah saya tak ingat dah per jadi...



Kes 3: Sek menengah...form 2 kot...saya duk asrama...katil double decker...duk kat atas ...tgh2 pagi...(2-3 pg), tetiba terja dgr bunyi bdk ketawa...paling kat tingkap nampat anak patung tergantuk...MAK AIH...TERKEJUT DEN...terus pucat dan menggigil...tarik selimut baca apa yg patut....pastuh tertido terus...haha...esok citer kat kwn2 sumer tak percaya...dan sejak itu, saya kerap kena tindih masa tido...alamak penat lak taip...



hem nantilah saya sambung part 11, lebih ngeri termasuk kejadian terbaru hari ini...huhu...stay tune...LAYANZZZ

Tuesday, March 23, 2010

SUNGGUH-SUNGGUH TERHARU..DOA SEORANG MUMMY


Salam kepada semua pembaca...

Masih ingatkah anda tentang entry saya di sini ? Sungguh-sungguh saya rasa terharu dan ingin memeluk wajah kesayangan hamba...MY MUMMY. Tapi sayang, mummy saya di kampung pada ketika ini. Tapi, saya sangat pasti akan ada air mata yang mengalir di balik senyuman kegembiraannya (ye saya sampaikan berita gembira itu melalui telefon)...

Mummy...tahukah mummy bahawa doa mummy selama ini telah dimakbulkan? Ye jija (panggilan manja saya) tahu mummy sentiasa berdoa supaya segala impian jija dimakbulkan...dan...INILAH IMPIAN JIJA...INGIN BERGAMBAR KENANGAN DGN MUMMY SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN....

Bahagianya rasa...betapa potret itu nanti pasti kuletakkan sebesar besar alam dirumah baruku nanti seperti mana gambarku yang tergantung indah di rumah mummy...(walaupun mummy tak dapat melihat...tapi ku tahu...jauh di sudut hatinya...rasa berbangga sangat bila ader tetamu yang bertanya tentang gambar konvoku itu)...

Dan kini...aku juga harus berbangga bila tetamu datang dan bertanya...wajah siapakah itu? dan dengan bangga ku akan menjawab...ITULAH WAJAH KESAYANGAN HAMBA....


dan kepada Moon...terima kasih yang teramat sangat...benar, kekadang setelah mempunyai keluarga sendiri...suami dan anak2, kita semakin melupai mereka yang membesarkan kita... tanpa memikirkan yang suatu waktu nanti kita juga bakal jadi seperti mereka...semakin dilupai oleh anak2...sungguh ku tak mahu itu berlaku...


dan sebagai anak...INILAH SALAH SATU TANDA PENGHARGAANKU BUAT MUMMY...I LOVE U FOREVER...

Monday, March 22, 2010

SAYA-MENANG-KE-SAYA-KE?


Haha...tentu anda masih ingat betapa saya gila-gila-saja-saja cuba nasib untuk contest yang dianjurkan oleh...http://khazisboutique.blogspot.com/


dan keputusannya...SAYA-MENANG-TUH-SILA-PERCAYA-WALAUPUN-SAYA-TAK-PERCAYA...


haha.


Anyway...thanks lah wilda. semoga rezeki bisnes mung melimpah ruah...ku doakan kejayaan bagi pihak semua kengkawan ku...


p/s: tapikan, sejak zaman sek dulu...wilda mmg suka bg adiah kan? dan ku paling suka bila dapat-adiah-mkn-biskut-sedap2-dengan-muka-tak-malu...

Thursday, March 18, 2010

Khazis Boutique_contest_aku nak menang ko kisahke?


Hem...contest lagi? Gilakah budak ini? Haha no comment. Jom sertai beramai-ramai...
Jom jom...jom heboh heboh...

Wednesday, February 24, 2010

Free giveaway by Moon

Salam semua. Ini adalah free give away kedua yang saya nak masuk. Saya sebenarnya bukanla seorang yang rajin nak masuk2 contest. Dua2 yang saya masuk nih ader sebabnya. Yg pertama contest oleh juaimurah...sbb dia kawan saya dan dia paksa saya. haha. Kedua, give away oleh Moon nih sebab...saya describe kat bawah yer...
Sebelum tuh...penuhi syarat2nya dahulu...


jadi my blog follower ..SUDAH.
buat 1 entry bermula ngan ayat nih Saya tingin sangat nak ber PS kerana...sila sambung ek ...KAT BAWAH TUH
Leave kan URL entry tew kat my comment ...SUDAH

Saya tingin sangat nak ber PS kerana....
selama ini saya sering merakamkan gambar bersama family kecil saya iaitu anak dan suami...dulu, sebelum kawin pun rata-rata gambar yang saya ambil adalah bersama boyfriend (skang sumi ek)...Ye, saya boleh di katakan sudah puas merakam pose-pose terbaik bersama orang yang saya cintai...again en.sumi...







cuma kali ini...dan tika ini saya terpikir...betapa saya telah melupai untuk merakam kenangan bersama wajah org yang telah membelai dan menatang saya bagai minyak yg penuh dari kecil sampai besar. Betapa wajah itu yang satu masa dulu menginginkan segala kesempurnaan untuk saya biarpun dirinya terpaksa berkorban apa sahaja...dari sepasang matanya yang bundar, yang sering mengawasi tingkah laku saya dan...mata itu jugalah yang kerap basah tika diri ini sedikit alpa serta menutur kata tidak bertapis...Oh...sayangnya...kini, mata itu tidak lagi berfungsi...dan saya telah kehilangan besar kerana alpa untuk merakamkan matanya pada ketika itu...




Ye...wajah itu adalah wajah mummy saya...Dan kini, andainya di beri peluang...saya ingin sekali merakamkan wajah itu dalam bentuk photoshoot di mana kami bisa bergambar berdua. Terbayang alangkah indahnya jika saya dapat membawa wajah tua itu melihat matahari terbenam sambil sebelah tangan menolak kerusi roda dan tangan yang satu lagi menunjuk ke arah matahari. Pastinya akan saya abadikan segala aksi2nya dalam bentuk album buat tatapan anak cucu di kemudian hari...
"Oh, kalian...lihat, inilah wajah orang yang membesarkan mama...tenang dan damai bukan?"
Hem, andai di beri peluang saya tidak mahu lagi alpa dlm merakam detik2 terindah itu juga wajah tua yang banyak berjasa itu seperti mana matanya yang tidak dapat saya tenung lagi kini...

Adakah impian ini bakal menjadi kenyataan? Kerana bila acapkali di ajak berphotoshoot, wajah tua itu akan berkata "oh, mummy tak lawa....tak perlulah". Tapi, jika peluang itu datang dalam bentuk kemenangan...mana mungkin wajah tua itu menolakkan? Malah mungkin...bisa menyentuh hati tuanya dan menggembirakannya...kerana entry ini adalah KHAS UNTUKNYA...


SAYANG MUMMY...


p/s: Moon, mekaceh kerana jadikan photoshoot ankku banner mu...