Pages

RSS

Welcome to my Blog
Hope you enjoy reading.

Wednesday, February 24, 2010

Free giveaway by Moon

Salam semua. Ini adalah free give away kedua yang saya nak masuk. Saya sebenarnya bukanla seorang yang rajin nak masuk2 contest. Dua2 yang saya masuk nih ader sebabnya. Yg pertama contest oleh juaimurah...sbb dia kawan saya dan dia paksa saya. haha. Kedua, give away oleh Moon nih sebab...saya describe kat bawah yer...
Sebelum tuh...penuhi syarat2nya dahulu...


jadi my blog follower ..SUDAH.
buat 1 entry bermula ngan ayat nih Saya tingin sangat nak ber PS kerana...sila sambung ek ...KAT BAWAH TUH
Leave kan URL entry tew kat my comment ...SUDAH

Saya tingin sangat nak ber PS kerana....
selama ini saya sering merakamkan gambar bersama family kecil saya iaitu anak dan suami...dulu, sebelum kawin pun rata-rata gambar yang saya ambil adalah bersama boyfriend (skang sumi ek)...Ye, saya boleh di katakan sudah puas merakam pose-pose terbaik bersama orang yang saya cintai...again en.sumi...







cuma kali ini...dan tika ini saya terpikir...betapa saya telah melupai untuk merakam kenangan bersama wajah org yang telah membelai dan menatang saya bagai minyak yg penuh dari kecil sampai besar. Betapa wajah itu yang satu masa dulu menginginkan segala kesempurnaan untuk saya biarpun dirinya terpaksa berkorban apa sahaja...dari sepasang matanya yang bundar, yang sering mengawasi tingkah laku saya dan...mata itu jugalah yang kerap basah tika diri ini sedikit alpa serta menutur kata tidak bertapis...Oh...sayangnya...kini, mata itu tidak lagi berfungsi...dan saya telah kehilangan besar kerana alpa untuk merakamkan matanya pada ketika itu...




Ye...wajah itu adalah wajah mummy saya...Dan kini, andainya di beri peluang...saya ingin sekali merakamkan wajah itu dalam bentuk photoshoot di mana kami bisa bergambar berdua. Terbayang alangkah indahnya jika saya dapat membawa wajah tua itu melihat matahari terbenam sambil sebelah tangan menolak kerusi roda dan tangan yang satu lagi menunjuk ke arah matahari. Pastinya akan saya abadikan segala aksi2nya dalam bentuk album buat tatapan anak cucu di kemudian hari...
"Oh, kalian...lihat, inilah wajah orang yang membesarkan mama...tenang dan damai bukan?"
Hem, andai di beri peluang saya tidak mahu lagi alpa dlm merakam detik2 terindah itu juga wajah tua yang banyak berjasa itu seperti mana matanya yang tidak dapat saya tenung lagi kini...

Adakah impian ini bakal menjadi kenyataan? Kerana bila acapkali di ajak berphotoshoot, wajah tua itu akan berkata "oh, mummy tak lawa....tak perlulah". Tapi, jika peluang itu datang dalam bentuk kemenangan...mana mungkin wajah tua itu menolakkan? Malah mungkin...bisa menyentuh hati tuanya dan menggembirakannya...kerana entry ini adalah KHAS UNTUKNYA...


SAYANG MUMMY...


p/s: Moon, mekaceh kerana jadikan photoshoot ankku banner mu...

0 comments: