Pages

RSS

Welcome to my Blog
Hope you enjoy reading.

Thursday, December 3, 2009

WOMAN PLAN

sALAM TO all...
oho...dah lame tak hupdet dek kebusian melampau... sedikit update tentang aktiviti2 yang lepas...16-20 hb nov lepas sy ader w/shop bioinformatics...BEST.
dan...raya haji sy tak blk kg. beraya kat kl je...turn sumi...huhu...lgpun cuti kan pendek...dan sy ader ba..........nyak date line nk kena kejar....SEPI.........GO...
ok, act. arini nak citer tentang st plan insuran yang sangat berbaloi untuk ibu2 ye...so sila rujuk tulisan di bawah yg saya copy paste...(maleh den nak torang)...LAYANZZZZZZ.
Actually plan ni mmg bagus... woman plan ni ialah plan protection sekali ngan saving as ada simpanan bila tempoh matang.
byk benefit dlm plan ni tapi yg paling best sekali ialah elaun bersalin yg diberi tinggi sgt.... satu mlm kat hosp or wisma bersalin sebab melahirkan anak akan diberi elaun RM1000. max kita bg utk 5 mlm which is RM5000 utk setiap kelahiran..
kita cover utk 3 kali kelahiran tau!!! tu yg paling best...
anak yg kita lahirkan pulak akan dicover sehingga umur 2 tahun utk perkara2 berikut: down sindrom, spina bifida(tulang belakang x bercantum) dan juga jantung berlubang. kalau ada kes ni, kia cover RM50k!!!
masa kita mengandung pulak, dia cover perkara berikut : tumpah darah yg serius(selalunya kandungan dah 6 bulan ke atas), kandungan di luar rahim dan juga baby meninggal dlm perut sewaktu lahir. yg ni pun cover RM50k.
benefit yg lain is coverage nya besar, sum asurred is RM100k..maksudnya kalau apa2 terjadi kpd kita, waris akan dpt RM100k. tapi kalau kematian tu disebabkan bersalin, HLA akan byr double kat waris which is RM200k!!!
female cancer cover utk RM50k. kalau breast n servic baru kena 1st stage of cancer, HLA bg RM20k dulu. plastic surgery because of accident HLA cover up to RM25k.
elaun bermlm di wad utk semua penyakit yg x bersangkut dgn pregnant akan dpt claim RM100 per nite.
premium nya pulak is only RM100 per month utk org yg berumur di antara 20-35 tahun. kalau umur dah lebih 35 tahun, plan ni akan naik sikit sebab dia ikut umur. syarat2 utk amik plan ni is mesti sihat dan berat mesti lah dlm range yg normal...
plan ni boleh ditambah dgn rider2 lain mcm medical card n personal accident. ikut apa yg client nak tambah. cuma bila rider ditambah, premium bulanannya pun akan bertambah sikit.
tempoh menunggu utk claim bersalin ni is setahun dr tarikh beli...
SO, SILALAH KE LAMAN WEB NIH KALO NAK TAU DETAIL EK...
p/s...encik suami silalah bayar utk saya ye...

Monday, November 9, 2009

RUMAH...SURVEY...

Salam to all...

wah wah...wekend nih adalah wekend yg penuh dgn aktiviti...sungguh lah amat memenatkan huhu....

ye, jika kalian rujuk tulisan saya di sini , pasti kalian tahu sy sedang mencari rumah yang sesuai utk dibeli...hem, actually sy dah ader pilihan dan loan bank pun dah approved, cuma saja gatal2 nak survey lagi sblm perjanjian di tandatangani....maka bermulalah episod pengembaraan...

sblm nih saya dah survey area puchong, putrajaya dan seri kembangan...now, kita tgk area bangi plak...so, 2 ari cuti nih sy gi survey seksyen 3 dan seksyen 8...hem, umah second hand...price range 300k-400k, leasehold tp owners tuh br je duduk 3 thn...so kira agak baru juga lah...dan yang paling best...umah second hand nih dah siap renovated...so tak yah pening2 dan susah bagai nak pilih konsep apa dan bajet utk renovate lagi...kitchen kabinet, almari kabinet...sumer lengkap woo...byr dlm utang je...hiks...

kesimpulannya...sy masih lg pening nk pilih umah mana satu...ha ha...hope minggu nih settle lah kepala otak sy utk pk puas2...kalian doakan saya buat pilihan yg tepat yer...

dan selepas sessi survey...maka kami gegas2 ke tesco exyra cheras sbb aimin nak main kat tempat main yg sesuai dgn usianya tp eh....mak dia pun join skaki hahah....byr rm 4 ye kengkawan...

oh ye, sblm ituh kami mkn di pak hailam kopitiam....fuh makanan dia mmg best dan berpatutan...sy kasi 4 bintang...nanti sy buat special entry utk sape2 yg nk jln2 cari makan ek...
ok bye...

Wednesday, October 28, 2009

VP CEERAMOON SARALUNA


Wah...wah...tajuk ntah cam ape...hiks. sebenarnya saya just nak citer rutin harian seawal jam 830 pagi...hoho...pecah rahsia ko puan pensyarah...


huhu...korang2 yg baca jgn report bos ek...yer setiap hari kalau takde kelas, lab ataupun keje urgent yang nak di settlekan...keje part time saya adelah melawat blog kengkawan dgn harapan mendapat sumber inspirasi, semangat dan ke happy an untuk meneruskan hari...ha ha boleh gitew?


tak kisahla, janji blog2 tersebut memberi kepuasan pada diri saya...

HUHU...5 blog ranking teratas yang sering saya tgk dan terjah...


1.http://viruspadu.com/ (hem blog ni dpt dr kwn sy diyaluna.)


blog yg best...dan sy rasa cam pernah pernah nampak tuanpunya diri...teringin nk berkenalan tp sy nih pemalu+tak reti nak start berkawan...haha. mengikut tuan punya blog...dia pernah jadi RA dkt upm...hem hem...hope satu hari nanti dpt berkongsi rasa dgn cik puan jemah VP itu...




blog yang best jugak...cara penceritaan yang simple dan slumber...ntahla, walau tak kenal tapi tetap rasa nk tahu perkembangan lanjut mengenai tuan punya blog...sblm terlupa...TAHNIAH CEERA krn dah ader isi....huhu best best


3.http://www.diyaluna.com/diary/ dan http://www.sarakids.com/blog/ (nih blog kawan sy st kelas dan st sek men dulu)


dua-dua nih adalah blog penyusuan yang menjadi rujukan saya. banyak info berguna utk bakal2 ibu, ibu2 serta bapa2 yang ingin memberi YANG TERBAIK buat si comel mereka. puan2 empunya blog nih juga adalah lambang usahawan bumiputera gigih lagi nan ayu (sue...sila mengembang...hihi)


4. http://miera301.blogspot.com/ (nih blog photographer yg dpt dr blog VP gak)


blog moon nih pun best. w/pun aku baru je kenal moon...suka sgt dgn pembawaan dirinya yang simple. very nice person...moon juga adalah sorg tukang gambar yang best, murah dan TERBAIK gitew...korg2 sila jgn malu utk contact dan berurusan dgn moon jikan nak dptkan perkhidmatan menangkap gambar utk apa tujuan skalipun. ye ye...gambar2 sy yg ditangkap oleh moon mmg sgt malatop de marveles...


ok...ok cukup. sekian sahaja liputan dari bilik dr dot dot dot...

Monday, October 26, 2009

ROTAVIRUS




salam semua...

rabu lepas (211009), aimin dah start demam panas dan muntah-muntah. aku dah start panik. tp, mengikut kata ayah...tunggu dan lihat sambil berjaga2.

kamis...4 pagi
uwaa...aimin dah start berak cair...sgt berair...
still tunggu dan lihat...demam 37.5
bagi ubat demam


kamis petang
decide nak gi klinik tp ayah tak dpt blk awal...
tunggu malam

kamis malam
aimin di bawa ke klinik azzahrah...
jumpa paed dr nadzim
hem...sah ROTAVIRUS...
ubat: smecta, oral redehidrasi (air garam), paracetamol (syrup), dan cream utk bontot melecet


jumaat
keadaan kesihatan masih sama
demam (still terkawal, below 38c, rajin2la lap dgn air asam jawa ek)
muntah2 jika diberi makan (pastikan anak anda di beri mknn sekerap mungkin dgn kuantiti yg sedikit bg mengelakkan dehidrasi)
cirit birit (bg minum smecta, yakult juga elok dan air garam untuk kekalkan jumlah air dlm bdn...selain itu bg mkn coklat atau milo utk keraskan najis)
elakkan susu formula dan teruskan susu ibu


sabtu
semakin sihat dan aktif
tiada demam (tp teruskan bg ubat demam selagi cirit birit tak stop)
tiada muntah
still berak cair dgn kadar kekerapan sekali je hehe


sabtu petang
jom tmn putra perdana...
sbb nampak cam ok...dan petang dah berak keras
mama dan ayah decide bwk aimin gi jenjalan main bola


Ahad...
fully recovered
Alhamdulillah


p/s: br mama senang ati nak msk spagetti dgn kek coklat kukus...nyum2




Vaksin Untuk Rotavirus (Utusan Malaysia)

Membasuh tangan merupakan perkara asas untuk mengelak daripada jangkitan rotavirus.
23 Ogos 2009 - DUH! Lampinnya kotor lagi." Pengalaman ini pastinya pernah dirasai bagi mereka yang bergelar ibu.
Si manja kerap membuang air besar atau lebih tepat lagi mengalami cirit-birit, perkara ini jangan diambil mudah. Kerana adakalanya ia berlarutan sehingga beberapa hari hingga membawa kepada kemudaratan kesihatan dan masalah-masalah lain.
"Cirit-birit di kalangan kanak-kanak dan bayi boleh menyebabkan malnutrisi. Malah di negara-negara membangun, ia boleh menyebabkan kematian dan morbiditi," kata Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya (SDMC), Dr. Khoo Paik Choo.
Menurutnya, merujuk kepada fakta yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekitar tahun 2000 hingga 2003 sebanyak 10.6 juta kematian setiap tahun di kalangan kanak-kanak berusia kurang lima tahun adalah disebabkan cirit-birit.
"Ia merangkumi 18 peratus iaitu kedua tertinggi selepas pneumonia," ujarnya ketika pelancaran Operasi Lampin oleh GSK baru-baru ini.
Operasi lampin merupakan kempen pendidikan untuk ibu bapa yang bertujuan meningkatkan kesedaran mereka tentang bahaya rotavirus dan langkah pencegahannya.
Katanya, biasanya bayi yang kerap membuang air besar atau najisnya sedikit cair tidak menjadi masalah. Namun, jika ia berlanjutan dengan kerap dan lebih cair, ia adalah cirit-birit.
Menurutnya, cirit-birit merupakan masalah gastroenteritis. Ia boleh disebabkan jangkitan parasit, bakteria atau viral seperti rotavirus. Namun, cirit-birit di kalangan bayi juga boleh disebabkan oleh antibiotik, alahan kepada susu atau makanan atau pun pengurangan aliran darah ke intestin (jarang berlaku).
"Rotavirus paling merbahaya dan semakin kerap berlaku ketika ini," kata Dr. Khoo.
Merujuk kepada data WHO katanya, dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi sedunia disebabkan oleh rotavirus.
Secara global katanya, sebelum umur lima tahun, lebih 95 peratus kanak-kanak menderita penyakit rotavirus. Malah katanya di negara-negara membangun, cirit-birit dan muntah akibat rotaviral membunuh kanak-kanak hampir setiap minit.
Di Malaysia kata Dr. Koo, merujuk kepada data Kementerian Kesihatan antara 1999 hingga 2000, dianggarkan satu daripada 37 kanak-kanak berusia bawah lima tahun dirawat sebagai pesakit luar akibat rotavirus. Manakala satu daripada 67 ditahan dalam wad sementara satu daripada 15,000 berdepan dengan kematian.
Katanya lagi, bayi berusia antara tiga hingga 24 bulan adalah golongan yang paling mudah terjejas oleh rotavirus dan 71 peratus daripada kejadian jangkitan ini berlaku dalam usia tahun pertama.
"Di SDMC sendiri, rotavirus dikesan daripada 52 peratus kanak-kanak yang dimasukkan ke wad akibat masalah gastroenteritis," katanya.
Simptom dan penularan rotavirus
Muntah, cirit-birit, demam dan sakit perut adalah simptom rotavirus. Demam dan muntah boleh berlarutan hingga sembilan hari, manakala cirit-birit pula hingga tiga minggu.
Kata Dr. Khoo, cirit-birit akibat rotavirus lebih mengundang risiko dehidrasi berbanding cirit-birit akibat lain.
"Komplikasi major akibat dehidrasi termasuk renjatan, masalah pernafasan, kardiak, kegagalan buah pinggang, jangkitan otak dan membawa maut," katanya.
Menurut beliau, rotavirus sangat mudah menular. Ia boleh hidup hingga beberapa jam pada persekitaran dan beberapa hari pada permukaan tangan dan pepejal.
Saluran makanan dan najis paling mudah menyebarkan rotavirus. Selain itu ia disebarkan melalui seorang ke seorang yang lain melalui tangan yang tercemar, barang permainan dan objek lain.
"Ibu-ibu perlu memahami bahawa gastroenteritis adalah penyakit serius dan rotavirus boleh menyerang semua kanak-kanak," katanya.
Menangani cirit-birit dan rotavirus
"Elakkan bayi mengalami dehidrasi berterusan dengan memberi susu ibu, formula dan juga cecair lain ketika mereka mengalami cirit-birit. Bawa bayi berjumpa doktor jika ia menunjukkan tanda dehidrasi seperti mulut kering, lampin tidak basah antara enam hingga lapan jam, terdapat pendarahan pada najis, demam dengan suhu tinggi, kerap muntah dan sebagainya," katanya.
Sementara bagi menangani jangkitan rotavirus pula, tiada rawatan antiviral spesifik digunakan melainkan menggunakan kaolin, pectin, smecta dan probiotik.
"Menggunakan oral redehidrasi adalah penyelesaian biasa yang sering digunakan," katanya.
Dalam sesetengah kes muntah yang teruk, redehidrasi dengan cecair melalui laluan intravena diperlukan.
Mengurangkan risiko jangkitan
"Susu ibu adalah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan jangkitan rotavirus. Selain itu kerap disinfek barang permainan dan kawasan bermain. Amalkan kebersihan dan sanitasi asas seperti membasuh tangan dengan betul.
"Namun membasuh tangan dan disinfek sahaja tidak mencukupi dan cara yang paling baik adalah mendapatkan vaksinasi rotavirus," ujar Dr Khoo.
Dengan mendapatkan vaksin rotavirus katanya, ia menawarkan pencegahan paling baik dalam melawan jangkitan rotavirus di kalangan bayi.

lagi


daaaaaaa....

Wednesday, October 21, 2009

AL-FATIHAH

Salam...sekadar coretan ringkas di pagi hari.

Salam takziah buat keluarga Acik Dom (datuk saudara merangkap jiran sebelah). Semoga kalian sabar dan tenang dalam menghadapi dugaan. Sesungguhnya janji Allah itu pasti dan tidakkan terlewat walau sesaat.

Pagi ahad, 8 am:

Deringan telefon mengejutkan lena kami sekeluarga.

Ucu: Ja...(sambil nangis esak?) acik dom dah tak de...
Aku: Ha.....(terkejut dan tidak percaya)...

10 am...

Setelah terkenang kenang sambil mengesat lelehan air mata

Aku: Bi...jom blk kg
Sumi: ok...call Aus skali (adikku di ukm)

Pukul 12 kami bertolak dari kl ke ipoh...

Sesampai di Ipoh, dalam kul 3...Acik Dom sudah selamat dikebumikan (mulanya acu ku beritahu kebumi lepas asar...tapi...). Tak sempat ku menatap wajahnya buat kali terakhir...sungguhpun terkilan namun ku tetap bersyukur kerana dapat memberi sedikit kekuatan pada ahli keluarganya.

Ya, Acik dom adalah seorg yang peramah, baik hati dan selalu membuat kelakar...banyak jugalah kenangan kami sekeluarga bersamanya. Paling tak dapat dilupakan adalah jasanya yang banyak membantu keluargaku terutama dalam menghantar mummyku yang sakit ke hospital.
Pemergiannya memang tak diduga. Dalam usia muda yang belumpun menjangkau 50 an...dia dipanggil untuk mengadap Allah. Dan pemergiannya menurut kata Dr adalah disebabkan lemah jantung...

Sungguh dia seorg yang sihat sebelum ini. kali terakhir aku bertemu dan bergurau dengannya adalah pada aidilfitri yang kedua...sungguh dia sangat gembira tatakala menerima duit raya dariku (pemberian pertamaku...maklumlah baru kerja). Dan, tak kusangka pemberian itu adalah yang pertama dan terakhir buatnya.

Ya kalian...mengembirakan orang tua selagi ada hayatnya adalah perkara yang mampu menenangkan jiwa kita. dan, kerana itu jugalah hatiku cukup tersentuh dengan kehilangannya...

Semoga roh Acik Dom dirahmati Allah...
Al-fatihah

Thursday, October 15, 2009

TEMAN SEPERJUANGAN

Salam to all...

Hari ni tetiba rasa nak berbicara... Kadang-kadang terasa rindu ingin mengimbau kenangan silam. Zaman persekolahan...ketika masih hingusan...

Oh...teman2 lamaku (Ta'ayah 1995-1999)...andai kalian terjumpa atau terbaca blogku...mehla tinggalkan jejak...ku rindu sama kalian...dan...ku bangga juga dgn kalian...ye kebanyakan teman2ku sudah mempunyai keluarga yang lengkap...berkerjaya dan berjaya...

Antara yang masih dan sedang ku ikuti perkembangannya...

Suraya http://www.diyaluna.com/diary/
Azri http://alifkhamsa.blogspot.com/
Paan http://www.sarakids.com/blog/
Pija
Alfa
Wilda http://sikakikecil.blogspot.com
Nani
Dijah Saad http://kisahciktutor.blogspot.com/
Hawa
Zura/ angah http://kriesz.blogspot.com/

Hem sape lagi ek...Kalo kalian2 ader blog mehla bg link...seronok gak boleh merayap2 nih...Sesamalah kita mengeratkan silaturrahim ek...MMMMUARGH.

p/s: jutt ader bnyk gambar kenangan bersama korg masa kita comot2 dulu. nantilah kalo dtg angin rajin...jutt scan sumer gambar2 itu dan letakkan di sini utk kita sama2 mentertawakannya...ok BYE.

Tuesday, October 13, 2009

RUMAH DAN RUMAH DAN RUMAH LAGI




Salam to all...

ntah kenapa...aku nih ader habit yang tak berapa nak betul...hiks...aku suka baca blog dan gaya penulisan orang...tapi blog sendiri punyalah malas nk update. bukan ape...tak retilah nak berbahasa basi yang best buat haluan telinga korang korang.

hem, anyway...inihkan blog meroyan dan syok sendirik...so, tak kisahla orang suka baca atau tak...yang penting menjadi kenangan di hari tua gitew...

oklah lari tajuk plak...actually saya nak bercerita tentang RUMAH...yelah rumah itu kan ibarat syurga...dan saya pasti setiap dari anda yang sudah berkahwin pasti inginkan rumah yang selesa dan memberikan ketenangan...

dan...sememangnya saya sudah bersedia untuk memiliki sebuah idaman...namun, masalahnya...memilih lokasi dan rumah yang sesuai itu sunggup memeningkan...terlalu bnyk perkara yang perlu di ambil berat...

huhu... ini antara rumah2 yang saya sudah survey dan termasuk "in consideration"...jom kalian tolong pilih...

1. VENTURE HEIGHTS SOUTH CHERAS




5. bandar kinrara 9 (cahaya)


Huhu...rumah dan lokasi bagaimanakah yang menjadi pilihan anda?
Apakah perkara2 yang perlu difikirkan sebelum membeli rumah?
nanti sy update umah idaman ati saya...dan kenapa saya mesti pilih...

Monday, October 5, 2009

AIMIN DAN AYAT2 CINTA

Salam to all...fuh pagi ini begitu semangat teruja beruja da ka boom... di usia 1 tahun 7 bulan, anak kecil saya sudah mula menggabung2kan perkataan untuk disusun menjadi satu ayat...
ayat2 yang begitu meruntun hati seorang mama... OH indahnya dunia ini bila sikecil semakin petah berkata2...ayat pertama yang dibina aimin..." MAMA NAK AIR"...

Dan pagi ini...sewaktu aku sedang mandi, sikecil dgn setia menunggu depan pintu (ye sang suami sudah pergi kerja)...tiba2...

AIMIN: Mama nak...nak (sambil tunjuk ubat gigi)
MAMA: No no...(cuba alih perhatian dgn menunjuk pada semut hitam di dinding)...SEMUT SEMUT...gigit aimin
AIMIN: Mut mut gigit mama...mama wat...
MAMA: (hanya senyum...sudah semakin pandai...)

p/s: hanya kerana peristiwa kecil pagi ini...ku rasa bahagia sepanjang hari...lihat...betapa kuatnya pengaruh si kecil...mampu membahagiakan sesiapa shj dgn app shj keletahnya...OH AIMIN...MAMA LOVE U...







Tuesday, September 8, 2009

Lama sudah........

huhu...ntah kenapa malas betul nak karang ayat walaupun banyak benda yang dikongsi bersama...
okeyla sedikit update untuk bulan julai dan ogos...
Julai...

hem start semester baru untuk para student IPTA...start ngajar jugak dgn erti kata lain merasai pengalaman jadi pensyarah yang sebenar....2 subjek to handle...BIOINFORMATIK AND BIOLOGICAL CHEMISTRY....sungguh2 busy bulan ini...tak menang tangan...mana nak siapkan notes, nak buat soalan, mark papers...juga permohonan untuk geran baru...yelah...pensyarah kan kena buat research. PONING DEN...

August...

oh..oh...bulan ini saya konvo...dah lama tunggu saat ini. wpun sebenarnya saya dah grade since disember 2008...hem baru skarang nk merasa pakai topi bulat. hiks...sungguh teruja. so, aktiviti saya pada bulan ini adalah penuh dgn bergambar hehe...


8/8: gambar di dewan dan studio
9/8: photoshoot dgn family kecikku
13/8: bergambar dgn DR SHEAU WEI DAN DR LIH LING...teman seperjuangan.


Layanzzzzzzzzzz..........














p/s: gambar2 photoshoot sumer nanti2 ek tayang...idea ilang tetiba. haha sebenarnya malas......

Friday, June 26, 2009

aisyen kame dan shin chan ku


Di sebabkan kepeningan yg melanda + stress, hari ni saya nak citer sket tentang hero2 kesayangan saya. AISYEN KAMEN DAN SHIN CHAN...huhu...aimin skarng ni makin melasak. asik2 memanjat dan sering cuba tarik perhatian saya dan sumi. dan...jgn tak tahu kalian, saya suka menggelarkannya shin chan kerana...

1. suka buat perkataan mcm shin chan sejak dia umur 8 bln ++.

2. sgt suka tgk gadis2 cantik...terutama cik misi yg masih muda

3. buat2 malu di hadapan gadis2 itu

4. tidak suka perempuan berwajah sedikit kurang lawa...paling takut pada yg berkulit gelap (aimin nangis kuat tau kalo misi india handle dia...haih)

5. nakal ya ampun...mama tina dia (pengasuh) gelarkan dia penyakat


dan...siapa aisyen kame?

oho...tentula si dia saya. shin chan kan suka aisyen kamen...idola lah lebih kurang. oh...begitu juga shin chan saya...sgt suka dan manja betul pada ayahnya...aisyen kamen saya. hem2...AISYEN KAMEN, BILA NAK DAPAT MAWARI PLAK NIH??? hiks
I LOVE BOTH OF U. MMMUARGH


Wednesday, June 24, 2009

entry burfday again...


yup, today is 24th june. And it's mean today is my lovely aunty burfday. i call her "ucu".

Ucu...happy birthday to you. Please wait for your burfday present....hiks.

Happy 2nd anniversary + 29th burfday

salam to all...

ya i know this is called "basi entry". but, i still remember that special day...not only until today but until the end....

yup...2 important events need to memorize in every May

1. 19th May (our anniversary)
2. 21st May (hubby burfday)

Just a small celebration for him at 2 pm in the morning...



TO MY DEAREST HUBBY...4 YOU
My hubby...
He is my hubby...
He is my son father...
He is my other childrens father..as well..
He is the very smile upon my face...
He is the soft kisses upon my body...
He is the arms in which i feel safe...
He is the cause of the shivers sent down my spine at the simple thought of him...
I hope he knows that he is my life...
We've been together through a lot of the pain...
A lot of the struggle...
A lot of the strife...
And A LOT of the happiness...
And when i said yes i ment it for life..
***k with him and i'll slaughter you with more than just my knife...
Ha ha
ok...ok...let be serious
again...4U Mr Azrirudin
Come to me in the silence of the night;
Come in the speaking silence of a dream;
Come with soft rounded cheeks and eyes as bright As sunlight on a stream;
Come back in tears,
O memory, hope and love of finished years.
O dream how sweet, too sweet, too bitter-sweet,
Whose wakening should have been in Paradise,
Where souls brim-full of love abide and meet;
Where thirsting longing eyes
Watch the slow door
That opening, letting in, lets out no more.
Yet come to me in dreams,
that I may live My very life again though cold in death;
Come back to me in dreams,
that I may give Pulse for pulse,
breath for breath: Speak low, lean low,
As long ago, my love, how long ago.
I love u forever...

Thursday, June 18, 2009

LOVE



Thursday, February 19, 2009

ENTRY SHENTA

Kisah ini adalah kisah cinta. Dan entry cinta ini saya tujukan khusus buat orang yang saya cinta. Ya, kalian diluar sana pasti sedia maklum…masa bercinta adalah masa yang paling indah. DIA lah bulan, DIA lah bintang di hati kita. Namun, sejauh mana rasa cinta itu kekal, mekar dan bercambah seiring dgn pertambahan usia kita mengenali pasangan kita? Apatah lagi bagi pasangan yang telah berkahwin, mempunyai anak dan dibebani tanggungjawab yang semakin berat. Relakah kita membiarkan rasa cinta itu semakin pupus dan pergi atau mati mungkin? Jangan kalian…jangan sekali biarkan itu berlaku. Ingatlah, pasangan kita adalah cinta hakiki milik kita. Redha Allah bergantung pada redha suami. Oleh itu, marilah kita sama2 bajai dan sirami cinta ini agar kekal hidup dihati kita.

Ya, saya masih ingat dan terbayang detik2 itu. Tanggal 14 februari yang sering diagungkan oleh Barat, HARI KEKASIH. Dan, saya tahu sebagai umat islam kita tidak berhak meraikannya. Kerna, hari kasih sayang adalah setiap hari bagi pasangan yang berkahwin. Namun, tidak salah jika kita menunjukkan rasa sayang dan cinta pada pasangan kita di hari tesebut….

Lebih kurang pukul 11 malam, tatkala badan semakin penat dan lelah dek kesibukan mengemas rumah setelah seharian berparty…ingin saja rasanya mata ini dilayukan…hem…tidur mungkin. Tapi, wajarkah si isteri tidur dahulu sedangkan suami masih diluar rumah menemani tetamu lewat malam? Mungkin harus ditangguh hasrat itu, lalu menjegilkan mata menonton cerekarama…hem. What A Surprise My Dear??? Ya kalian, si dia cinta hatiku datang dengan kejutan. 3 kuntum bunga menandakan I LOVE U dihulur. Sungguh…sungguhku tak tersangka. Rasa itu datang kembali…TERHARU, MALU, RASA DICINTAI dan PALING PENTING…AKU MMG SGT MENYINTAINYA…

BI…tidak terluah oleh kata betapa diri ini terlalu berterima kasih dan menghargai tiap kejutan yang abang berikan. Sungguh ku rasakan bagai cinta itu baru saja bermula dan takkan berakhir sampai bila-bila. TERIMA KASIH SAYANG KERANA MENGINGATI DIRIKU. JAUH DISUDUT HATIKU…INGIN SAHAJA AKU MENARI KEGEMBIRAAN DAN MENGUCUPMU SEPUAS MUNGKIN. NAMUN, AKU KELU DAN MALU JUA TERHARU. UNTUK ITU, IZINKAN AKU MENCORET DI SINI…BAHAWA AKU SENTIASA MENYINTAIMU DI SETIAP DENYUTAN NADI…SEMOGA KASIH SAYANG INI ABADI BUAT KITA.

I LOVE U FOREVER…




I Love You
How do I begin to tell you how lucky I am to have you in my life?I'll start by saying what an honor it is for me to be your wife.You're my best friend in the good times and my rock in times of sorrow.You're the reason for sweet yesterdays and my promise for tomorrow.I never thought I could feel this loved until I became your wife.You made this year and every year the best one of my life.



Abang...yang sayang abang....THANKS 4 EVERYTHING.

Wednesday, February 18, 2009

besday aimin III

Hem...mlm tu kan kalian....lepas sumer2 tamu tamu balik...sessi membuka hadiah pun bermula.

dek kerana leka melayan dan menyumbat...saya lupa sape bg aper...hem, anyway, thanks pada yang memberi. i lap u lah.




hem...hadiah dari saya??? tuh 2 biji keta yang awal2 lagi anak saya dah naik...hiks


ok...nanti kita sambung entry emo mengenai peristiwa II

Monday, February 16, 2009

14 FEB...BESDAY SI KENIT II

Sekitar besday party...antara tetamu kenit dan besar yang hadir...


Qis dan Qyra yang sibuk bermain...

Golongan aunty2 malatop...

Iki dan Aimin..."aunty sue...abang iki jual mahallah..."


haish...napelah mung tak mo pakai topi neh..


ayah dan anak...
p/s: sebenarkan kalian, ramai lg tetamu saya. tetapi disebabkan terlampau eksaited, saya terlupa nk snap sumer yg hadir...makanan2 pun saya lupa nk snap... tapi antara menu yg saya ingat adalah:
1. sate
2.bihun singapore/kung fu
3. spageti
4. kuaih apam hangus dan karipap
5. kekacang
5.pepuding
6.tembikai
7. air mangga
8. kek lah...
okey babay...

14 FEB...BESDAY SI KENIT I

Hallu... meh sini aku nak update entry tuk 14 feb. 2009. Actually, ada 2 peristiwa dalam satu hari...



Peristiwa 1



Sambutan besday puteraku yg terchenta. Seperti yang kalian sedia maklum...aimin kan lahir 11 feb. dan 11 feb tuh ari keje...maka saya membuat besday party nya pada 14 feb...valentine day gitew....



hiks...tema party inih adalah prince and princess...mesti kalian tertanya kan...mengapa princess??? hu hu. actually, saya sesaje nyambut skali besday diri sendiri yg jatuh pd 24 feb nanti...dan juga mak mertua saya pada 3 feb lalu...so, kiranya 3 in 1 lah...jimatkan?


Apa2pun, watak utamanya still puteraku...Muhammad Aqil Muhaimin...




Sayang mama,
Permata Ayahanda dan Bonda
Andai disuatu masa nanti
Ketika hari tua kami menjelma
Disaat dirimu membesar segak dan tampan
Ingatlah bahawa kami sentiasa menyayangimu
Dunia dan Akhirat
Dan, sesungguhnya entry ini adalah khusus buat dirimu
Wajah kesayangan kami
Tiada yang lebih bernilai didunia ini
Melainkan ikatan kasih sayang
Berbahagialah dirimu menjadi anak yang soleh dan taat
Kepada Pencipta Agung dan kami yang membesarkanmu
Dengan setiap kudrat yang ada
Kami halalkan segalanya
Love u forever



Ikhlas,

Mama dan Ayah.

okies...

meh citer satu persatu ...layan gambar ye kalian




Inilah kek yang ditempah khas dari kak jun subang jaya. Surprise!!!

Castle cake...tuh ader prince and princess. Saya yang lawa tuh kalian...tuh gown biru tuh...hiks

Inilah prince yang sebenar...besday boy...

Happy Besday 2 U...Happy Besday 2 U....

Anak mama dah besar dah....

P/S: bersambung besday II

Thursday, January 22, 2009

VIDEO 18SX

KALIAN TUTUP MATA TAU....

LOVING STORY...

Kalian kalian...sebenarnya saya ada satu kisah nak kongsi dgn kalian...kisah ini terjadi di tahun lepas...tp cukup membuatkan saya sayu hingga ke hari ini...tp bahagia... sebelum itu, pernah tak kalian gaduh2 manja dgn suami kalian? hem, saya pernah tau. bagaimanakah cara kalian memujuk suami kalian? hem, sebenarnya entry nih adalah cara saya nak pujuk somi saya. mmg saya yg bersalah w/pun sbnrnya dua2 pun ada salah. tp, sbb tak nak panjangkan cerita dan salah saya yang nampak lebih, maka saya dgn rela hati mengalah demi kebaikan bersama. lg pun saya sayang suami saya. hik...hemmm...nak tau ape taktik saya hari tuh...ops! sblm tuh suami saya ni jenis susah nak dipujuk tau. sanggup mogok lapar, mogok pakai pakaian yg saya gosok, mogok zahir dan batin kiranyalah...buatla lawak apepun tak menjadi nyer...so, saya amik cuti separuh ari. pi cari kad sorry, cari bunga ros idup tp tak jumpa, so guna yg plastik jelah. kemas umah lawa2, masak mknn yg simple yg dia biasa mkn, pastu siapkan hidangan plus bunga dan kad. pasang laptop mainkan lagu jiwang kenangan dulu2 (non stop). pastuh letak gambar kawin bagai...dan tunggu dia blk...tunggu dr 8 pm sampai 930 pm...tak blk2 gak. anak kecik sy dah ngongek2, saya pun masuk bilik temankan dia tidur sampai tertidur. kul 12 camtu terbangun, jenguk luar suami saya dah tdo sambil dgr lg2 jiwang gak dr hpone dia. laptop saya dah ditutupnya...hem...hidangan tak terusik pun...kecik gak ati saya. tetapi masih tak mahu ngaku kalah. saya pun terus gi kat dia, manja2 sket sambil minta maaf. tp, tak jalan gak... akhirnya, dgn nada sendu saya ckp..."takpela, yang cuma nak bg tau yg dah amik cuti esok dan tiket kul 12 th ari". masuk bilik sambung tdo.miracle...pg2, dia pakai bj yg saya dah gosokkan then dtg dkt saya dan ckp "abg tak mengharapkan semua itu, cuma nk yg berubah". sungguh2 saya terharu. saya cakap "nape tak mkn, kecik ati". dia jawab " abg tunggu org tu kuar tp, lambat sgt". aduh...dlm hati saya dah berbunga2. air mata dah kuar dah, pastuh dia pujuk lagi sambil buat lawak bagai... bahagianya rasa.kesimpulannya, walaupun lauk yg saya masak basi sumer, perut dua2 tahan lapar smlm (kes masing2 tunggu), tp kesudahannya sangat membahagiakan. DIALAH SUAMIKU YG TERCHENTA. APA2 PUN ISTERI PERLU BIJAK MENGALAH DEMI MENAWAN HATI SUAMI. DIA MILIKMU DAN KAMU ADALAH MILIKNYA. ISTERI TAK PATUT BERUSAHA UNTUK MENANG JIKA TERPAKSA MELUKAI SUAMI. SESUNGGUHNYA MELIHAT SUAMI BAHAGIA, SAYA SANGAT BAHAGIA.HEM...MARILAH KONGSI CITER LAGI PADA SAPE2 YG PNAH BEGINI...
hidangan yang simple tp bermakna untuk suami....

buat abang...seikhlasnya dari yang...
p/s: haku rendulah kat somi haku skang nih...

HAPDET MERATHON 2...MEE REBUS MUAR

HALU...FIZA FIZZANA DI SINI...sebelum haku hapdet entry ttg mee rebus nih, meh aku perkenalkan tukang masak dia...CHEF MUHAMMAD AQIL MUHAIMIN...



HOKEY HOKEY...MARI JAMU MATA TGK MEE REBUS MUAR YG HAKU MASAK...SAJA NAK BG KORG TERLIUR...KALO NAK RESEPI BOLEH EMAIL HAKU...HAR HAR...
TAPI, KALO NAK RASA, MEH BUAT APPOINTMENT DGN HAKU DULU...SESUDU RM25 BOLEH? BOLE BLAH...LAYANKAN...


HIDANGAN SIAP UNTUK DIMAKAN

NYUM NYUM...

MEE KUNING...

RENCAH2 ATAU HIASAN2NYA...


KUAH THE MARVELOUS...
P/S: ADA BERANI MAU COBA???

HAPDET MARATHON...1

NGEH...NGEH...HAKU NAK UPDATE LELAJU NIH....SEDIA....MULA....
FIRST SKALI HAKU JUST NAK UPLOAD GAMBAR GELAGAT SI KECIL...LAYASNZZZ...

MARI MEMBACA

BELAJAR BERSAMAKU

SAMBIL2 ITU...MARI MERASA BUKU...NYUM...NYUM

MAMA MAKAN, AIMIN POSING EK...

TIDAK2...JGN KIDNAP GAMBARKU...PAPARAZI...OH...TIDAK

HIK...LAYAN JE LAH...

HAMBA BOLE...TUAN HAMBA BOLEH?

AIR KOSONG PUN SODAP

POSING DALAM KETA...

JAP2...USHA MAINAN DULU...
P/S: NTAH APE MOTIF ENTRY NIH. YG PASTI SAJE JE NAK LETAK GAMBAR AIMIN...NAK CITER, DAH TAK INGAT...CITER BASILAH KATAKAN...
BYE...