Pages

RSS

Welcome to my Blog
Hope you enjoy reading.

Wednesday, October 28, 2009

VP CEERAMOON SARALUNA


Wah...wah...tajuk ntah cam ape...hiks. sebenarnya saya just nak citer rutin harian seawal jam 830 pagi...hoho...pecah rahsia ko puan pensyarah...


huhu...korang2 yg baca jgn report bos ek...yer setiap hari kalau takde kelas, lab ataupun keje urgent yang nak di settlekan...keje part time saya adelah melawat blog kengkawan dgn harapan mendapat sumber inspirasi, semangat dan ke happy an untuk meneruskan hari...ha ha boleh gitew?


tak kisahla, janji blog2 tersebut memberi kepuasan pada diri saya...

HUHU...5 blog ranking teratas yang sering saya tgk dan terjah...


1.http://viruspadu.com/ (hem blog ni dpt dr kwn sy diyaluna.)


blog yg best...dan sy rasa cam pernah pernah nampak tuanpunya diri...teringin nk berkenalan tp sy nih pemalu+tak reti nak start berkawan...haha. mengikut tuan punya blog...dia pernah jadi RA dkt upm...hem hem...hope satu hari nanti dpt berkongsi rasa dgn cik puan jemah VP itu...




blog yang best jugak...cara penceritaan yang simple dan slumber...ntahla, walau tak kenal tapi tetap rasa nk tahu perkembangan lanjut mengenai tuan punya blog...sblm terlupa...TAHNIAH CEERA krn dah ader isi....huhu best best


3.http://www.diyaluna.com/diary/ dan http://www.sarakids.com/blog/ (nih blog kawan sy st kelas dan st sek men dulu)


dua-dua nih adalah blog penyusuan yang menjadi rujukan saya. banyak info berguna utk bakal2 ibu, ibu2 serta bapa2 yang ingin memberi YANG TERBAIK buat si comel mereka. puan2 empunya blog nih juga adalah lambang usahawan bumiputera gigih lagi nan ayu (sue...sila mengembang...hihi)


4. http://miera301.blogspot.com/ (nih blog photographer yg dpt dr blog VP gak)


blog moon nih pun best. w/pun aku baru je kenal moon...suka sgt dgn pembawaan dirinya yang simple. very nice person...moon juga adalah sorg tukang gambar yang best, murah dan TERBAIK gitew...korg2 sila jgn malu utk contact dan berurusan dgn moon jikan nak dptkan perkhidmatan menangkap gambar utk apa tujuan skalipun. ye ye...gambar2 sy yg ditangkap oleh moon mmg sgt malatop de marveles...


ok...ok cukup. sekian sahaja liputan dari bilik dr dot dot dot...

Monday, October 26, 2009

ROTAVIRUS




salam semua...

rabu lepas (211009), aimin dah start demam panas dan muntah-muntah. aku dah start panik. tp, mengikut kata ayah...tunggu dan lihat sambil berjaga2.

kamis...4 pagi
uwaa...aimin dah start berak cair...sgt berair...
still tunggu dan lihat...demam 37.5
bagi ubat demam


kamis petang
decide nak gi klinik tp ayah tak dpt blk awal...
tunggu malam

kamis malam
aimin di bawa ke klinik azzahrah...
jumpa paed dr nadzim
hem...sah ROTAVIRUS...
ubat: smecta, oral redehidrasi (air garam), paracetamol (syrup), dan cream utk bontot melecet


jumaat
keadaan kesihatan masih sama
demam (still terkawal, below 38c, rajin2la lap dgn air asam jawa ek)
muntah2 jika diberi makan (pastikan anak anda di beri mknn sekerap mungkin dgn kuantiti yg sedikit bg mengelakkan dehidrasi)
cirit birit (bg minum smecta, yakult juga elok dan air garam untuk kekalkan jumlah air dlm bdn...selain itu bg mkn coklat atau milo utk keraskan najis)
elakkan susu formula dan teruskan susu ibu


sabtu
semakin sihat dan aktif
tiada demam (tp teruskan bg ubat demam selagi cirit birit tak stop)
tiada muntah
still berak cair dgn kadar kekerapan sekali je hehe


sabtu petang
jom tmn putra perdana...
sbb nampak cam ok...dan petang dah berak keras
mama dan ayah decide bwk aimin gi jenjalan main bola


Ahad...
fully recovered
Alhamdulillah


p/s: br mama senang ati nak msk spagetti dgn kek coklat kukus...nyum2




Vaksin Untuk Rotavirus (Utusan Malaysia)

Membasuh tangan merupakan perkara asas untuk mengelak daripada jangkitan rotavirus.
23 Ogos 2009 - DUH! Lampinnya kotor lagi." Pengalaman ini pastinya pernah dirasai bagi mereka yang bergelar ibu.
Si manja kerap membuang air besar atau lebih tepat lagi mengalami cirit-birit, perkara ini jangan diambil mudah. Kerana adakalanya ia berlarutan sehingga beberapa hari hingga membawa kepada kemudaratan kesihatan dan masalah-masalah lain.
"Cirit-birit di kalangan kanak-kanak dan bayi boleh menyebabkan malnutrisi. Malah di negara-negara membangun, ia boleh menyebabkan kematian dan morbiditi," kata Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya (SDMC), Dr. Khoo Paik Choo.
Menurutnya, merujuk kepada fakta yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekitar tahun 2000 hingga 2003 sebanyak 10.6 juta kematian setiap tahun di kalangan kanak-kanak berusia kurang lima tahun adalah disebabkan cirit-birit.
"Ia merangkumi 18 peratus iaitu kedua tertinggi selepas pneumonia," ujarnya ketika pelancaran Operasi Lampin oleh GSK baru-baru ini.
Operasi lampin merupakan kempen pendidikan untuk ibu bapa yang bertujuan meningkatkan kesedaran mereka tentang bahaya rotavirus dan langkah pencegahannya.
Katanya, biasanya bayi yang kerap membuang air besar atau najisnya sedikit cair tidak menjadi masalah. Namun, jika ia berlanjutan dengan kerap dan lebih cair, ia adalah cirit-birit.
Menurutnya, cirit-birit merupakan masalah gastroenteritis. Ia boleh disebabkan jangkitan parasit, bakteria atau viral seperti rotavirus. Namun, cirit-birit di kalangan bayi juga boleh disebabkan oleh antibiotik, alahan kepada susu atau makanan atau pun pengurangan aliran darah ke intestin (jarang berlaku).
"Rotavirus paling merbahaya dan semakin kerap berlaku ketika ini," kata Dr. Khoo.
Merujuk kepada data WHO katanya, dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi sedunia disebabkan oleh rotavirus.
Secara global katanya, sebelum umur lima tahun, lebih 95 peratus kanak-kanak menderita penyakit rotavirus. Malah katanya di negara-negara membangun, cirit-birit dan muntah akibat rotaviral membunuh kanak-kanak hampir setiap minit.
Di Malaysia kata Dr. Koo, merujuk kepada data Kementerian Kesihatan antara 1999 hingga 2000, dianggarkan satu daripada 37 kanak-kanak berusia bawah lima tahun dirawat sebagai pesakit luar akibat rotavirus. Manakala satu daripada 67 ditahan dalam wad sementara satu daripada 15,000 berdepan dengan kematian.
Katanya lagi, bayi berusia antara tiga hingga 24 bulan adalah golongan yang paling mudah terjejas oleh rotavirus dan 71 peratus daripada kejadian jangkitan ini berlaku dalam usia tahun pertama.
"Di SDMC sendiri, rotavirus dikesan daripada 52 peratus kanak-kanak yang dimasukkan ke wad akibat masalah gastroenteritis," katanya.
Simptom dan penularan rotavirus
Muntah, cirit-birit, demam dan sakit perut adalah simptom rotavirus. Demam dan muntah boleh berlarutan hingga sembilan hari, manakala cirit-birit pula hingga tiga minggu.
Kata Dr. Khoo, cirit-birit akibat rotavirus lebih mengundang risiko dehidrasi berbanding cirit-birit akibat lain.
"Komplikasi major akibat dehidrasi termasuk renjatan, masalah pernafasan, kardiak, kegagalan buah pinggang, jangkitan otak dan membawa maut," katanya.
Menurut beliau, rotavirus sangat mudah menular. Ia boleh hidup hingga beberapa jam pada persekitaran dan beberapa hari pada permukaan tangan dan pepejal.
Saluran makanan dan najis paling mudah menyebarkan rotavirus. Selain itu ia disebarkan melalui seorang ke seorang yang lain melalui tangan yang tercemar, barang permainan dan objek lain.
"Ibu-ibu perlu memahami bahawa gastroenteritis adalah penyakit serius dan rotavirus boleh menyerang semua kanak-kanak," katanya.
Menangani cirit-birit dan rotavirus
"Elakkan bayi mengalami dehidrasi berterusan dengan memberi susu ibu, formula dan juga cecair lain ketika mereka mengalami cirit-birit. Bawa bayi berjumpa doktor jika ia menunjukkan tanda dehidrasi seperti mulut kering, lampin tidak basah antara enam hingga lapan jam, terdapat pendarahan pada najis, demam dengan suhu tinggi, kerap muntah dan sebagainya," katanya.
Sementara bagi menangani jangkitan rotavirus pula, tiada rawatan antiviral spesifik digunakan melainkan menggunakan kaolin, pectin, smecta dan probiotik.
"Menggunakan oral redehidrasi adalah penyelesaian biasa yang sering digunakan," katanya.
Dalam sesetengah kes muntah yang teruk, redehidrasi dengan cecair melalui laluan intravena diperlukan.
Mengurangkan risiko jangkitan
"Susu ibu adalah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan jangkitan rotavirus. Selain itu kerap disinfek barang permainan dan kawasan bermain. Amalkan kebersihan dan sanitasi asas seperti membasuh tangan dengan betul.
"Namun membasuh tangan dan disinfek sahaja tidak mencukupi dan cara yang paling baik adalah mendapatkan vaksinasi rotavirus," ujar Dr Khoo.
Dengan mendapatkan vaksin rotavirus katanya, ia menawarkan pencegahan paling baik dalam melawan jangkitan rotavirus di kalangan bayi.

lagi


daaaaaaa....

Wednesday, October 21, 2009

AL-FATIHAH

Salam...sekadar coretan ringkas di pagi hari.

Salam takziah buat keluarga Acik Dom (datuk saudara merangkap jiran sebelah). Semoga kalian sabar dan tenang dalam menghadapi dugaan. Sesungguhnya janji Allah itu pasti dan tidakkan terlewat walau sesaat.

Pagi ahad, 8 am:

Deringan telefon mengejutkan lena kami sekeluarga.

Ucu: Ja...(sambil nangis esak?) acik dom dah tak de...
Aku: Ha.....(terkejut dan tidak percaya)...

10 am...

Setelah terkenang kenang sambil mengesat lelehan air mata

Aku: Bi...jom blk kg
Sumi: ok...call Aus skali (adikku di ukm)

Pukul 12 kami bertolak dari kl ke ipoh...

Sesampai di Ipoh, dalam kul 3...Acik Dom sudah selamat dikebumikan (mulanya acu ku beritahu kebumi lepas asar...tapi...). Tak sempat ku menatap wajahnya buat kali terakhir...sungguhpun terkilan namun ku tetap bersyukur kerana dapat memberi sedikit kekuatan pada ahli keluarganya.

Ya, Acik dom adalah seorg yang peramah, baik hati dan selalu membuat kelakar...banyak jugalah kenangan kami sekeluarga bersamanya. Paling tak dapat dilupakan adalah jasanya yang banyak membantu keluargaku terutama dalam menghantar mummyku yang sakit ke hospital.
Pemergiannya memang tak diduga. Dalam usia muda yang belumpun menjangkau 50 an...dia dipanggil untuk mengadap Allah. Dan pemergiannya menurut kata Dr adalah disebabkan lemah jantung...

Sungguh dia seorg yang sihat sebelum ini. kali terakhir aku bertemu dan bergurau dengannya adalah pada aidilfitri yang kedua...sungguh dia sangat gembira tatakala menerima duit raya dariku (pemberian pertamaku...maklumlah baru kerja). Dan, tak kusangka pemberian itu adalah yang pertama dan terakhir buatnya.

Ya kalian...mengembirakan orang tua selagi ada hayatnya adalah perkara yang mampu menenangkan jiwa kita. dan, kerana itu jugalah hatiku cukup tersentuh dengan kehilangannya...

Semoga roh Acik Dom dirahmati Allah...
Al-fatihah

Thursday, October 15, 2009

TEMAN SEPERJUANGAN

Salam to all...

Hari ni tetiba rasa nak berbicara... Kadang-kadang terasa rindu ingin mengimbau kenangan silam. Zaman persekolahan...ketika masih hingusan...

Oh...teman2 lamaku (Ta'ayah 1995-1999)...andai kalian terjumpa atau terbaca blogku...mehla tinggalkan jejak...ku rindu sama kalian...dan...ku bangga juga dgn kalian...ye kebanyakan teman2ku sudah mempunyai keluarga yang lengkap...berkerjaya dan berjaya...

Antara yang masih dan sedang ku ikuti perkembangannya...

Suraya http://www.diyaluna.com/diary/
Azri http://alifkhamsa.blogspot.com/
Paan http://www.sarakids.com/blog/
Pija
Alfa
Wilda http://sikakikecil.blogspot.com
Nani
Dijah Saad http://kisahciktutor.blogspot.com/
Hawa
Zura/ angah http://kriesz.blogspot.com/

Hem sape lagi ek...Kalo kalian2 ader blog mehla bg link...seronok gak boleh merayap2 nih...Sesamalah kita mengeratkan silaturrahim ek...MMMMUARGH.

p/s: jutt ader bnyk gambar kenangan bersama korg masa kita comot2 dulu. nantilah kalo dtg angin rajin...jutt scan sumer gambar2 itu dan letakkan di sini utk kita sama2 mentertawakannya...ok BYE.

Tuesday, October 13, 2009

RUMAH DAN RUMAH DAN RUMAH LAGI




Salam to all...

ntah kenapa...aku nih ader habit yang tak berapa nak betul...hiks...aku suka baca blog dan gaya penulisan orang...tapi blog sendiri punyalah malas nk update. bukan ape...tak retilah nak berbahasa basi yang best buat haluan telinga korang korang.

hem, anyway...inihkan blog meroyan dan syok sendirik...so, tak kisahla orang suka baca atau tak...yang penting menjadi kenangan di hari tua gitew...

oklah lari tajuk plak...actually saya nak bercerita tentang RUMAH...yelah rumah itu kan ibarat syurga...dan saya pasti setiap dari anda yang sudah berkahwin pasti inginkan rumah yang selesa dan memberikan ketenangan...

dan...sememangnya saya sudah bersedia untuk memiliki sebuah idaman...namun, masalahnya...memilih lokasi dan rumah yang sesuai itu sunggup memeningkan...terlalu bnyk perkara yang perlu di ambil berat...

huhu... ini antara rumah2 yang saya sudah survey dan termasuk "in consideration"...jom kalian tolong pilih...

1. VENTURE HEIGHTS SOUTH CHERAS




5. bandar kinrara 9 (cahaya)


Huhu...rumah dan lokasi bagaimanakah yang menjadi pilihan anda?
Apakah perkara2 yang perlu difikirkan sebelum membeli rumah?
nanti sy update umah idaman ati saya...dan kenapa saya mesti pilih...

Monday, October 5, 2009

AIMIN DAN AYAT2 CINTA

Salam to all...fuh pagi ini begitu semangat teruja beruja da ka boom... di usia 1 tahun 7 bulan, anak kecil saya sudah mula menggabung2kan perkataan untuk disusun menjadi satu ayat...
ayat2 yang begitu meruntun hati seorang mama... OH indahnya dunia ini bila sikecil semakin petah berkata2...ayat pertama yang dibina aimin..." MAMA NAK AIR"...

Dan pagi ini...sewaktu aku sedang mandi, sikecil dgn setia menunggu depan pintu (ye sang suami sudah pergi kerja)...tiba2...

AIMIN: Mama nak...nak (sambil tunjuk ubat gigi)
MAMA: No no...(cuba alih perhatian dgn menunjuk pada semut hitam di dinding)...SEMUT SEMUT...gigit aimin
AIMIN: Mut mut gigit mama...mama wat...
MAMA: (hanya senyum...sudah semakin pandai...)

p/s: hanya kerana peristiwa kecil pagi ini...ku rasa bahagia sepanjang hari...lihat...betapa kuatnya pengaruh si kecil...mampu membahagiakan sesiapa shj dgn app shj keletahnya...OH AIMIN...MAMA LOVE U...