Pages

RSS

Welcome to my Blog
Hope you enjoy reading.

Thursday, October 30, 2008

SEORANG AKU...

Anda...hari ni ku mahu cerita...tentang sesuatu...tentang aku...
Sudah puas dan sudah cukup berjaya kah seorang aku kini? Seorang aku adalah pendiam pada mulanya tapi makin keletah dihujungnya...fahamkah anda? Ya, seorang aku hanya bergaul mesra dan ceria jika orang itu dikenalin rapat...nampak sombong pada pertemuan pertama...tapi batinnya seorang aku suka berkawan dan bercerita...
Seorang aku adalah orang yang tak pernah puas dgn apa yang aku miliki...seorang aku berjiwa besar dan bercita2 tinggi...seorang aku tidak pernah kan mahu mengaku kalah...seorang aku pantang melihat orang lain lebih...ya seorang aku akan cuba menjadi lebih daripada orang lain... tapi, seorang aku bukan pendengki cuma, seorang aku suka persaingan sihat...merasa puas dgn hasil usaha sendiri tapi tak lupa pada bantuan dan sokongan suami keluarga bagai....
Ye, seorang aku terlalu banyak impian. Tak pernah berhenti fikir bagaimana mahu mencapai setiap impian...seorang aku mahu rumah besar, kereta mewah, sambung post doc...mahu title prof, melancong sana sini...hem...terlalu banyak. dan akan ku pastikan setiap impian itu akan ku capai sepanjang rentetan perjalanan hidupku...
Haih...tidak bersyukurkah seorang aku dgn apa yang ada? Pada usia semuda 26 (mudakah?) aku sudah mempunyai...
1. seorang suami yang sangat baik
2. seorang anak yg sangat comel dan lasak, teruna pula (bunting pelamin)
3. belajar sambil bulan madu di UK
4. title DR
5. pemegang PhD
6. berkerjaya tetap (lecturer)
7. punya kereta walaupun duit suami
8. family (mummy, cu,ucu...dll) yang penyayang
Ya, aku mmg dah tersangat bersyukur. Tapi, sebagai manusia seorang aku tidak pernahkan puas...selagi ada kudrat dan daya...seorang akukan terus berjuang demi menggapai cita2...Ya Allah, Kau izin dan restulah hasrat ku ini...Amin. Semoga aku tidak tersasar dan lalai dgn kemewahan duniawi...

0 comments: