Pages

RSS

Welcome to my Blog
Hope you enjoy reading.

Monday, November 15, 2010

CINTA YANG SEMAKIN KABUR


Pagi ini saya dapat email daripada dekan...email yang benar benar menyentuh perasaan saya...meresap ke seluruh urat nadi....

untuk itu saya kongsikan buat kalian...

Subject: CINTA YANG SEMAKIN KABUR


Jika ditanyakan kepada hati nurani kita
yang paling dalam,mana yang lebih berharga,
kemewahan hidup atau kerukunan rumah tangga?
Tentu kita akan menjawab, kerukunan
rumah tangga.



Jika ditanya, untuk apa kamu bertungkus
lumus bekerja siang dan malam?
Tentu jawab si suami, “kerana isteri dan anak-anakku”
Begitulah juga jika ditanyakan kepada si isteri,
tentu jawapanya kerana suami dan anak-anak.



Malangnya, kita sering tertipu. Betapa
ramai antara kita yang telah
melupakan isteri, meminggirkan suami
dan mengabaikan anak-anak,
semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup?
Kita sering terlupa bahawa kemewahan hidup;
harta, rumah, kereta dan
sebagainya bukan matlamat tetapi hanya
alat dalam kehidupan ini.
Kita memburu alat untuk mencari matlamat.
Ertinya harta dan segalanya
itu adalah untuk membahagiakan
rumah tangga kita.



Namun apa yang sering berlaku alat yang
menjadi matlamat,matlamat menjadi alat.
Kebahgiaan rumah tangga sering dipertaruhkan
dan tergadai dalam keghairahan kita memburu
kemewahan hidup. Kita bekerja demi anak-anak,
tetapi anehnya anak-anak kita abaikan
mereka semasa bertungkus lumus bekerja.
Kita tidak sedar,
kita terus memburu dan memburu.



Bangun daripada tidur, bergegas terus
keluar bekerja. Hampir senja baru
pulang. Tidak cukup dengan itu, ada
pula kerja yang kita bawa pulang ke
rumah. Atau kita keluar bertemu
pelanggan dalam kerja-kerja “part
time”. Begitulah kita hari demi hari,
bulan demi bulan, tahun demi tahun.
Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita
sudah jarang menikmati senyum dan
gurauan isteri? Mengapa kita sudah
jarang mendapat sentuhan dan
belaian suami? Mengapa ketawa dan
gurau senda sudah semakin
hilang dalam rumah tangga?



Ketika itu, hati kita masih mampu memberi
alasan. Aku sibuk. Aku sedang
mengejar kejayaan dalam karierku. Sedikit masa lagi,
nantilah, bila segalanya sudah stabil
aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga.
Nantilah, aku akan ini, aku akan itu…
Begitulah selalunya diri kita memberi
alasan. Dan kita terus selesa dengan alasan,
biarlah isteri, suami atau
anak-anak “berkorban” sementara,
nantilah kita akan bahagia!.



Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya
di hujung jalan tetapi bahagia itu
ada di sepanjang jalan. Carilah bahagia
yang ada di sepanjang jalan itu
dengan sentiasa menggenggam rasa cinta selamanya.
Carilah harta, tetapi genggamlah cinta.
Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu
sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu.
Tunaikanlah hukum-hukum cinta
dalam apa jua keadaan.



Antara hukum cinta yang paling diutamakan
ialah cinta itu memberi, cinta itu
mendengar, cinta itu berkorban, cinta
itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan
dan cinta itu memaafkan. Contohnya jangan
kesibukan menyebabkan kita
jarang memberi masa, perhatian, senyuman,
nasihat dan doa kepada pasangan
kita. Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah
cinta yang bersifat “kosmetik”,
tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan
dan tindakan yang dapat
dilihat dan dirasa.


Wallahu 'alam.

.................................................................................


dan ini komen saya... ye mmg betul...kadang2
kita sering terlupa apa
matlamat kita berkerja keras...
kita sering memberi alasan bahawa...
demi anak2 dan keluarga kita...
untuk keselesaan ank pada masa depan....
harta yang bakal diwarisi untuk anak2...
tapi kita lupa...
bahawa anak2 dan keluarga kita kadang2
tidak memerlukan semua itu...
yang paling penting bagi mereka adalah kita...
bkn apa yang kita kejar...

hem, kadang2 saya sering terfikir...ibu2 dan
isteri zaman skarang...termasukla saya...
sering saja nak beri yang terbaik buat anak...
keluar awal pagi dan blk lewat mlm...dan bila
terpikir tentang anak2 ...kwn2 akan berkata
" takpe, mereka akan paham kau
keluar bekerja demi mereka"
tapi realitinya... fahamkah mereka?
bukankah bagi mereka lebih baik
ibu itu duduk saja di sisi...daripada tempat itu
diganti dgn
bibik atau brg2 permainan? hem...
sukar utk dikupas isu ini kan?

apa2 pun bagi diri saya...selagi boleh saya mmg
akan elak kerja lebih
masa dan kerja waktu cuti...sabtu & ahad...sakalipun duit
yang ditawarkan masyuk....masa itu masa utk family...
gi UK keje pun eden angkut sumer...anak sorg bolelah lagi...
anak ramai? kopak...haha
so, terserah anda....


I LOVE MY FAMILY...